Selama 32 tahun aku lahir ke dunia...inilah kali pertama aku merasakan bersendirian sewaktu musim perayaan. Pelbagai suasana telah dirasai dan inilah pengalaman yg terkini yg aku terpaksa harungi.
Hari raya aidiladha memang lah tak semeriah seperti hari raya aidilfitri. Tetapi musim perayaan seperti ini aku telah di didik sejak kecil meraikan dan bersama keluarga.
Hati ini ingin berkocak dan meraung ingin pulang utk ibu tercinta. Tapi malangnya tidak dpt pulang kerana cuti tidak d luluskan. MUNGKIN inilah erti pengorbanan kita terpaksa lalui. PENGORBANAN mungkin tidak sama setiap yg dilalui oleh kita. Hanya diri sendiri yang dapat memahami apa itu pengorbanan.
Aku berdoa agar sentiasa diberi kekuatan utk mencari keredhaan di dunia dan akhirat kelak.
Mak.... maafkan anakmu ini kerana tidak dpt bersama hari ini. walaubagaimanapun anakmu ini sentiasa ingat dan ingin bersama tak kira apa jua caranya.
ampun dan maaf dipinta. restuilah perjalanan hidup anak mu ini.