Terima kasih...... itulah ucapan yang ingin selalu ku katakan walaupun aku jarang mengatakan nya tapi jauh di sudut hati aku sering menyuarakan nya
aku tahu dan sedar engkau selalu prihatin terhadap apa sahaja yang berlaku dalam hidupku selama 2 tahun perkenalan kita engkau sering mendengar dan memberi perhatian d atas setiap luahan dan tingkah laku ku
engkau akan hadir bila aku gembira bila aku ketawa bila aku sedih bila aku menangis bila aku muram bila aku kesunyian bila aku sakit
tanpa mengira apa jua situasi engkau akan berusaha akan muncul tanpa aku minta.... aku amat menghargai dan berterima kasih biarlah tanpa kau sedari semua itu itu sudah cukup membuat aku gembira dan bermakna
aku mungkin tidak dapat membalas jasamu hanya dengan doa agar Allah akan sentiasa memberi yang terbaik buat Mu....