Hari ini dan semalam adalah seperti hari 15 tahun yang lampau. Dengan semangat aku membeli pisang tanduk, pisang kepok dan buah sukun untuk membuat kerepek.
Sungguh...aku memang rasa kekok kerana selama ini aku banyak menghabiskan masa dengan laptop kesayangan dan melayari internet. lebih2 lagi aku addict ngan mafia war.
malam ini aku terasa sesuatu yang kurang...kurang kerana kalau dulu ketika aku membuat kerepek pisang pasti bapa kesayangan aku akan membantu mengopek kulit pisang dan packing sekali. tapi malam ini aku terpaksa membuat sendiri dsebabkan semangat yg ada aku tetap meneruskannya. aku juga sempat berkhayal ketika membuat kerepek itu. timbullah perasaan rindu padanya yang tak terkira. aku masih ingat lagi bapak sanggup bersengkang mata kerana menemani aku untuk menyiapkan kerepek pisang. ketika itu aku berumur sekitar 15 - 18 tahun. kuantiti nya pulak bukan setakat 7 sisir tapi sehingga dua tandan, dan bila nak d packing sehingga 2 tong besar. kalau sekarang aku menggunakan mesin perekat tapi dulu bapak guna lilin untuk merekat plastik tu.
aku kembali lagi merasa akan kehilangannya. Pa.....aku rindu padamu, U R the best i have....
Al-Fatihah.....Semoga roh bapak sentiasa berada disamping orang2 yang beriman.