Semalam notis tok sampai d umah....tapi mek dah kuar gi pasar. mun sempat maybe singgah pos opis lak.
;(^o❤‿❤)^obaby(^o❤‿❤)^o
sebelum...
Syukur Alhamdulillah.... itulah ucapan yang sentiasa keluar dari hatiku...
Pejam celik...pejam celik dah setahun aku menganggur dan hidup dalam kegelisahan. Kini, aku mampu tersenyum dan kembali bersemangat untuk meneruskan sisa hidup yang masih panjang lagi agaknya.
Kalau dulu tarikh 14hb Februari 2000adalah salah satu tarikh yang akan sentiasa ku ingati. Sekarang dan masa akan datang tarikh 01hb Julai 2010juga akan sentiasa diingati. Kedua2 tarikh ini adalah titik permulaan dalam membina karier dan masa depanku.
Aku bersyukur padaMu Ya Allah...Sesungguhnya Tuhan tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan Nya.
Pelbagai rencah dalam kehidupan ini sudah mampu kulalui dgn waras. Walaupun ada masa dan ketika aku jatuh dan tidak mampu utk berdiri, namun masih ada beberapa insan yang sanggup memberi semangat dan dorongan. Kerana merekalah juga aku bisa mengukir senyuman walaupun pahit dan tawar namun aku gigih agar meneruskan nya walaupun kadangkala aku mengalirkan air mata kerana tidak mampu untuk membohongi riak wajahku....ada masa dan ketika air mata jugalah yang bisa meleraikan hati yang gusar dan pikiran yang berkecamuk.
Aku berjanji Ya Allah.... Sesungguhnya aku tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu. Aku terlalu bodoh kerana mengorbankan diri sendiri untuk orang lain tanpa memikirkan kesulitan di masa hadapan. Walaupun pada mula aku tahu akan risiko yang akan aku harungi. Aku pikir....aku kuat...ternyata aku hanyalah insan yang lemah dan tidak semudah itu untuk aku bangun kembali.
Hari ini aku cuba meluangkan masa menemani emakku untuk membeli keperluan sepeninggalan ku. Walaupun aku gembira dengan berita mendapatkan kembali pekerjaan ku tapi jauh di sudut hatiku sedih kerana aku terpaksa meninggalkan emakku sendiri di rumah ini. Aku tidak mempunyai pilihan lain....aku harap dia sentiasa mendoakan agar kali ini aku bisa mengembalikan kegembiraan nya sebelum ini.
Hari ini juga emakku memasak makanan untuk tengah hari lebih awal dari hari kebiasaan. Begitu juga pada mlm hari nya dan aku pula sibuk mengemas brg utk berangkat esok hari. Ketika aku mengemas, tanpa kusedari air mata ku mengalir seperti luka yang digilis dengan pisau. Aku cuba menyembunyikannya ketika mak ku bertanya "mun mauk gik baju kurung ya ambik jak dalam almari nun" Aku cuma mampu mengangguk sahaja.
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama aku berada dalam situasi ini. Sebelum ini juga lebih parah lagi. Dengan berbekal semangat aku akan cuba walaupun terpaksa bermula dengan kosong dan merangkak dari bawah. Aku tak kisah kalau aku terpaksa hidup di bilik sewa yang kosong di tengah bandar. Malah pengalaman lalu akan aku jadikan sebagai panduan.