Walaupun aku mampu meraikan hari yang mulia ini seperti biasa tetapi masih ada juga perasaan sedih melanda jiwa. Memang sukar untuk mnghapus perasaan itu. Tapi apa kan daya aku hanya insan biasa. Mungkin ada lagi insan lain yang lebih malang dari ku.
Kini 13 syawal sekali lagi aku dengan terpaksa menerima seribu cemuhan dan kutukan daripada org yang tidak pernah mengenali diri aku dengan jelas. Dia hanya tahu meletakkan semua kesalahan ke atas aku sahaja. Walaupun aku cuba utk mengaku segala kesalahan yang dilakukan namun dia tetap tidak mahu menerima hakikat nya.
Oleh kerna demikian tiba masanya giliran aku untuk membuat keputusan. Sebelum org meninggalkan aku aku yang terlebih dahulu akan cuba meninggalkan nya dan cuba utk melupakannya. Aku tidak punya pilihan lain. Aku sedar sapa diriku ini Aku hanya insan yg cuma menumpang dan menagih kasih yang sebenarnya bukan milikku.
Sampai bila aku harus menerima cemuhan dan kutukan hanya utk kepentingan diri sendiri. dan tak ada salahnya aku mengalah demi kebahagiaan orang lain. aku memang ditakdirkan utk hidup begini. dan kalau dahulu aku bisa meneruskan hidup tanpa insan yang disayangi...tak salah jika aku cuba utk kembali pada asalnya. terserahlah kepada dia utk melakukan apa sahaja. aku juga insan yang lemah dan punya perasaan sedih, sakit ati dan patah ati. biarlah aku meneruskan sisa hidupku sendiri.
aku akan sentiasa doakan agar org2 yang pernah hadir dlm hidupku mampu bahagia dengan apa yg mereka ada sekarang.